Wednesday, 15 May 2013

PEMBINAAN MASJID BAHAGIAN BAWAH

Terkini setakat ini di bulan April 2013 pembinaan masjid dapat diteruskan dari sumbangan penderma-penderma yang menjayakan pembinaan masjid pondok ini.. Insha Allah moga sumbangan muslimin dan muslimat diberkati Allah S.W.T.




PROSES PEMBINAAN LONGKANG


Hidup ini umpama air yang mengalir.. " teruskan perjuangan seperti air yang sentiasa mengalir biar apapun halangan yang ada. Air terus mengalir ke satu arah tidak peduli apa yang terjadi tidak mengira ujian yang datang  pelbagai bentuk halangan dan rintangan, ianya akan terus mengalir, sama-samalah kita maju ke hadapan demi ilmu yang dipelajari".






PEMBINAAN MASJID

" Biasakan diri anda untuk terus bersedekah,baik dalam jumlah kecil maupun besar , kerana , dalam sedekah itu ada sepuluh manfaat, lima akan diberikan di dunia, dan lima lagi akan diberikan di akhirat kelak".




Friday, 22 February 2013

KERJA-KERJA PELANTAIAN BUMBUNG MASJID

Ahamdulillah , hasil dari segala pengorbanan dan sumbangan semua muslimin /muslimat kerja-kerja konkrit lantai masjid dapat diteruskan selepas sambutan MAULIDURRASUL pada 7 febuari2013 bersamaan 26 Rabiulawal 1434H dari harta anugerah Allah yang disumbangkan muslimin/muslimat.



PERINGKAT MENUANG SIMEN READY-MIX UNTUK MEMULAKAN PELANTAIAN BUMBUNG MASJID DAN GUTTER DI SEKELILING MASJID





peringkat menuang simen untuk pelantaian




Monday, 21 January 2013

KERJA-KERJA KONKRIT LANTAI MASJID BAHAGIAN ATAS

"Sebaik-baik manusia disisi Allah adalah orang yang terlebih dahulu memberi salam" ~ Riwayat Abu Daud~




" Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, kemudian tidak mengiringi apa yang dibelanjakannya itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya) , dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), maka beroleh pahala disisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."
                                                                                                                                       ( Surah al-Baqarah 261 hingga 262 )





Pemasangan Kayu Penyokong




Wednesday, 19 December 2012

KONKRIT TIANG MASJID

Syukur Alhamdulillah.. walaupun hujan berterusan di musim tengkujuh ini pada 19hb.disember 2012 bersamaan 5safar 1434H, kerja-kerja konkrit berjalan dengan baik  atas keizinan dari Yang Maha Esa.

Aliran harta umpama air yang mengalir. Selagi air mengalir, selagi itulah ia berkeladak dan akhirnya tersekat. Justeru mari sama-sama kita alirkan harta kita dengan mengeluarkan zakat, sentiasa bersedekah dan berjihad ke jalan Allah. InsyaAllah dengan cara itu lebih banyak air (harta) akan mengalir dalam kehidupan kita.  ~ Ustaz Zahazan Mohamed~.











Konkrit Tiang


KERJA-KERJA PEMASANGAN ACUAN TIANG MASJID










Orang yang bersedekah untuk membina masjid besar manfaatnya, dikira sebagai amal ibadat yang pahalanya akan dinikmati secara berterusan walaupun orang itu sudah neninggal dunia.

"Misalnya orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah,seperti sebuah biji yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha luas, Maha Mengetahui"
                  ~  Al-Baqarah : 261~








Pemasangan Acuan untuk Tiang (column )