Tuesday 9 July 2013

PERSIAPAN MASJID PONDOK SEMPENA RAMADHAN



 
Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."


Salam Ramadhan, hari ini 10hb.Julai bersamaan 1 ramadhan 1434H. merupakan bulan yang ditunggu-tunggu umat islam penuh keberkatan bagi menunaikan ibadah puasa. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah S.W.T atas rahmat dan keredhaanNYA masjid di Pondok ini separuh siap dan boleh dimanfaatkan umatNya di tingkat bawah menunaikan ibadah solat Terawih .



Masjid separuh siap

Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu...
— surah Al-Baqarah, ayat 185
Bahagian dalam masjid 

membasuh bahagian bawah masjid


sehari sebelum 1 ramadhan