Sunday 23 September 2012

MELUNASKAN PEMBAYARAN TANAH

 Alhamdulillah.... Syukur pada Allah S.W.T pada 19 hb .September 2012 bersamaan 3 Zulkaedah 1433H telah selesai pembayaran baki tanah pondok berjumlah RM 140.000 . Terima kasih diucapkan pada para penderma kerana mereka adalah ummah terbaik mengambil kesempatan berharga di dalam kehidupan ini dan semoga Allah S.W.T menambahkan rezeki mereka sebagaimana yang di doakan oleh para Malaikat.
 
"Ya Allah berikan kepada setiap berinfaq tambahan harta dan berikan kepada orang yang kedekut kemusnahan harta bendanya " (Hadith  Muttafaqun Alayhi)


dokumen jual beli tanah


Teruskan ibadah semoga beroleh kerahmatan daripadanya. Semoga silaturrahim yang dijalinkan dengan kasih sayang itu kekal kukuh kerana Allah.

Friday 21 September 2012

MADRASAH YANG TELAH SIAP

Alhamdulillah....Syukur pada ALLAH S.W.T, dan terima kasih pada penderma-penderma yang menghulurkan sumbangan bagi menyiapkan madrasah ini.





" Sesungguhnya, mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah".
(maksud Surah al-kahf, ayat 13)

RUMAH MUDIR MINGGU KE-8


Kerja-kerja pemasangan Rafter untuk kekuda bumbung








Pemasangan kayu Gulung-gulung (Purlin) untuk kerangka bumbung

Friday 7 September 2012

KELAS PENGAJIAN UMUM

Assalamualaikum w.b.t...

Pengajian untuk orang awam bagi muslimin dan muslimat telah bermula pada 2hb.september 2012 bersamaan 15 Syawal 1433H.ini akan berterusan setiap Ahad selama 2jam ( 9.00am- 11.00am)
 Bak kata pepatah : Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.

 Rasulullah S.A.W juga telah bersabda :
"Barangsiapa yang mati didalam keadaan menuntut ilmu untuk menghidupkan agama islam , maka dia berada di dalam Syurga kelak satu darjat dengan para Nabi"



"Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, Maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke Syurga"   ~ Riwayat muslim dalam shahihnya ( penomboran Fu'ad Abd Al-Baqi) hadis no.2699




Thursday 6 September 2012

PENGGERUDIAN TELAGA AIR BAWAH TANAH ( TUBE-WELL)

Assalamualaikum w.b.t...  Alhamdulillah , kita semua baru saja merayakan Aidilfitri 1433H dan masih lagi di bulan Syawal yang mulia..Semoga beroleh kerahmatan daripada-NYA.. Bagi meneruskan usaha memudahkan bekalan air di pondok ini, kerja-kerja penggerudian telaga tiub diusahakan pada 28hb.ogos bersamaan 10 syawal 1433H.



kerja-kerja jetting drilling



Jentera Bournedrill yang digunakan untuk membuat telaga tiub berkedalaman 50 kaki


sesudah penggerudian  pada 30hb.ogos 2012 terpancurlah air bersih untuk kegunaan  ramai