Tuesday 29 May 2012

PERMULAAN PEMBERSIHAN TAPAK PONDOK...

Assalamualaikum w.b.t.. Pada 19 Mei 2012 bersamaan 27 Jamadil Akhir 1433 Hijrah bermulanya kerja -kerja pembinaan tapak PONDOK AL DINNIAH AL ISMAILIAH . Bersama ini disertakan gambar-gambar kerja pembersihan tapak pembinaan.....
tapak pondok sebelum pembersihan



tapak pondok selepas pembersihan

Wednesday 23 May 2012

PEMBELIAN TANAH DI KG. PAYA JAUH....

Bissmillahirrahmanirrahim..... Assalamualaikum w.b.t...... Pada 17 Mei 2012 bersamaan 25 Jamadil Akhir 1433H.Hari khamis 3ptg termenterai pembelian sebidang tanah di LOT 2825 MUKIM PERAK berkeluasan 2.029 hektar di Kampung Paya Jauh Temerloh. Alhamdulillah pembayaran deposit sebanyak RM 100,000 dilunaskan. Baki daripada pembayaran RM 140,000 diberi tempoh tiga (03) bulan dari tarikh perjanjian jual beli ditandatangani. Terima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan bagi menjayakan pembayaran deposit tanah ini.

Sumbangan dialu-alukan untuk baki pembayaran tapak pembinaan ini. "Tangan yang menghulur lebih baik dari tangan yang menerima". Banyakkanlah kita bersedekah untuk SAHAM AKHIRAT

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda :-
    " Apabila matinya seseorang itu , maka putuslah amalanya kecuali tiga perkara iaitu SEDEKAH JARIAH, ILMU YANG BERMANFAAT dan DOA ANAK YANG SOLEH " ( Riwayat Muslim termasuk Imam Ahmad)

Terima kasih pada semua yang beribadat.