Wednesday 19 December 2012

KONKRIT TIANG MASJID

Syukur Alhamdulillah.. walaupun hujan berterusan di musim tengkujuh ini pada 19hb.disember 2012 bersamaan 5safar 1434H, kerja-kerja konkrit berjalan dengan baik  atas keizinan dari Yang Maha Esa.

Aliran harta umpama air yang mengalir. Selagi air mengalir, selagi itulah ia berkeladak dan akhirnya tersekat. Justeru mari sama-sama kita alirkan harta kita dengan mengeluarkan zakat, sentiasa bersedekah dan berjihad ke jalan Allah. InsyaAllah dengan cara itu lebih banyak air (harta) akan mengalir dalam kehidupan kita.  ~ Ustaz Zahazan Mohamed~.











Konkrit Tiang


KERJA-KERJA PEMASANGAN ACUAN TIANG MASJID










Orang yang bersedekah untuk membina masjid besar manfaatnya, dikira sebagai amal ibadat yang pahalanya akan dinikmati secara berterusan walaupun orang itu sudah neninggal dunia.

"Misalnya orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah,seperti sebuah biji yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha luas, Maha Mengetahui"
                  ~  Al-Baqarah : 261~








Pemasangan Acuan untuk Tiang (column )

PEMBINAAN PONDOK TERES KEGUNAAN IBU TUNGGAL















Wednesday 5 December 2012

KERJA-KERJA KONKRIT LANTAI MASJID





Dengan izin Allah S.W.T pada 5 hb.disember 2012 bersamaan 21 Muharram 1434H kerja- kerja pemasangan BRC dan konkrit lantai masjid siap dilakukan.




Pemasangan BRC





Bancuhan simen dituang sepenuhnya untuk kerja-kerja konkrit lantai masjid


MEMASUKKAN PASIR KE TAPAK MASJID





Monday 26 November 2012

KERJA-KERJA KONKRIT GROUND BEAM MASJID

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


مَنْ بَنَى مَسْجِدًا قَالَ بُكَيْرٌ حَسِبْتُ أَنَّهُ قَالَ يَبْتَغِي بِهِ وَجْهَ اللَّهِ بَنَى اللَّهُ لَهُ مِثْلَهُ فِي الْجَنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّة رواه الشيخان
Barangsiapa yang membangun sebuah masjid karena Allah Taala. (Bukair berkata: Aku kira) beliau bersabda: Kerana mengharap keredhaan Allah, maka Allah akan membina untuknya sebuah rumah diSyurgaRiwayat Bukhari dan  Muslim




Konkrit Tiang Tunggul


kerja-kerja konkrit Alang Aras Bumi (ground beam) masjid  dan kerja-kerja Acuan

KERJA-KERJA KONKRIT LANTAI ATAS TANGKI AIR












Tuesday 13 November 2012

PONDOK PELAJAR


Penambahan pembinaan pondok masih diteruskan atas permintaan orang ramai .Sesetengah pondok ini telah pun didiami oleh pelajar. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang sudi menghantar anak-anak  ke pondok ini bagi mengutip ilmu-ilmu islam semoga ianya menjadi bekalan masa depan untuk semua.

Seperti yang kita ketahui sistem pengajian pondok yang berasaskan "talaqqi" kitab-kitab 'thurat' menekankan pengajian 'dari kulit ke kulit' ini menjadikan pelajar lebih memahami sesuatu ilmu itu secara mendalam .