Sunday 22 September 2013

KULIAH MINGGUAN PONDOK UNTUK ORANG AWAM




Syukur Alhamdulillah, Kami amat bersyukur kehadrat Allah S.W.T dengan izinNya menggerakkan hati kami untuk berada dalam majlis ilmu atas segala nikmat yang dikurniakanNya.
Antara kitab yang dipelajari pada hujung minggu terdiri dari 3 kitab-kitab dibawah:-

      






sambutan penerimaan pengajian dari muslimin 


sambutan penerimaan pengajian  dari muslimat

Tuesday 20 August 2013

PEMANDANGAN BAHAGIAN DEPAN MASJID






Syukur Alhamdulillah... 21hb.ogos 2013 bersamaan 14syawal1434H pembinaan masjid masih diteruskan berperingkat-peringkat mengikut dana yang diterima dari muslimin dan muslimat yang ikhlas memberi sumbangan.

RENUNGILAH FIRMAN ALLAH SWT:
                                                              

"Sesungguhnya orang yang membacakan Kitab Allah,mendirikan sembahyang dan memanfaatkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepadanya secara sembunyi dan terang-terangan, adalah mereka yang mengharapkan sesuatu perniagaan yang tidak akan merugikan." (Al-Fathir:29)

Pemandangan Bahagian Depan Masjid

Pemandangan Bahagian Kiri Masjid

Pemandangan Bahagian Kanan Masjid


Pemandangan Keseluruhan Depan Masjid

Tuesday 9 July 2013

PERSIAPAN MASJID PONDOK SEMPENA RAMADHAN



 
Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."


Salam Ramadhan, hari ini 10hb.Julai bersamaan 1 ramadhan 1434H. merupakan bulan yang ditunggu-tunggu umat islam penuh keberkatan bagi menunaikan ibadah puasa. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah S.W.T atas rahmat dan keredhaanNYA masjid di Pondok ini separuh siap dan boleh dimanfaatkan umatNya di tingkat bawah menunaikan ibadah solat Terawih .



Masjid separuh siap

Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu...
— surah Al-Baqarah, ayat 185
Bahagian dalam masjid 

membasuh bahagian bawah masjid


sehari sebelum 1 ramadhan



Sunday 23 June 2013

PENAFIAN PONDOK AL DINNIAH AL ISMAILIAH BERNAUNG DI BAWAH PONDOK 1 MALAYSIA

Assalamualikum w.b.t...

24 Jun 2013 bersamaan 15 syaaban 1434H.

Sempena Nisfu Syaaban sama-samalah kita memohon keredhaanNYA..

         




PENGUMUMAN UNTUK YANG MELAYARI BLOG PONDOK INI:

http://pondok1msia.org.my/pondok/bukupondok/pahang/madrasah-addiniah-ismailiah-temerloh/

Pondok Al Dinniah Al Ismailiah menafikan kewujudan blog Madrasah Addiniah Ismailiah dalam blog tersebut sebagai pondok 1 Malaysia. Pondok ini  tidak bernaung di bawah Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia seperti yang disebarkan. Sebaliknya pondok ini didirikan hasil sumbangan orang ramai ,ahli-ahli perniagaan, muslimin dan muslimat yang di rahmati Allah s.w.t yang ikhlas  menyumbang fi sabilillah..

    


Friday 7 June 2013

KONKRIT BUMBUNG MASJID







Sempena 28rejab 1434H bersyukur kita pada Yang Maha Esa dilimpahi dengan rezeki yang halal dan mendapat rahmat Allah SWT di dunia dan Akhirat. Menjadikan muslimin / muslimat penderma yang dirahmati Allah S.W.T  sabagaimana peringatan Allah S.W.T:


"Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah,dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil): dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu:kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya."
(Al-Baqarah : 195 )











Wednesday 15 May 2013

PEMBINAAN MASJID BAHAGIAN BAWAH

Terkini setakat ini di bulan April 2013 pembinaan masjid dapat diteruskan dari sumbangan penderma-penderma yang menjayakan pembinaan masjid pondok ini.. Insha Allah moga sumbangan muslimin dan muslimat diberkati Allah S.W.T.




PROSES PEMBINAAN LONGKANG


Hidup ini umpama air yang mengalir.. " teruskan perjuangan seperti air yang sentiasa mengalir biar apapun halangan yang ada. Air terus mengalir ke satu arah tidak peduli apa yang terjadi tidak mengira ujian yang datang  pelbagai bentuk halangan dan rintangan, ianya akan terus mengalir, sama-samalah kita maju ke hadapan demi ilmu yang dipelajari".






PEMBINAAN MASJID

" Biasakan diri anda untuk terus bersedekah,baik dalam jumlah kecil maupun besar , kerana , dalam sedekah itu ada sepuluh manfaat, lima akan diberikan di dunia, dan lima lagi akan diberikan di akhirat kelak".