Sunday 23 June 2013

PENAFIAN PONDOK AL DINNIAH AL ISMAILIAH BERNAUNG DI BAWAH PONDOK 1 MALAYSIA

Assalamualikum w.b.t...

24 Jun 2013 bersamaan 15 syaaban 1434H.

Sempena Nisfu Syaaban sama-samalah kita memohon keredhaanNYA..

         




PENGUMUMAN UNTUK YANG MELAYARI BLOG PONDOK INI:

http://pondok1msia.org.my/pondok/bukupondok/pahang/madrasah-addiniah-ismailiah-temerloh/

Pondok Al Dinniah Al Ismailiah menafikan kewujudan blog Madrasah Addiniah Ismailiah dalam blog tersebut sebagai pondok 1 Malaysia. Pondok ini  tidak bernaung di bawah Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia seperti yang disebarkan. Sebaliknya pondok ini didirikan hasil sumbangan orang ramai ,ahli-ahli perniagaan, muslimin dan muslimat yang di rahmati Allah s.w.t yang ikhlas  menyumbang fi sabilillah..

    


Friday 7 June 2013

KONKRIT BUMBUNG MASJID







Sempena 28rejab 1434H bersyukur kita pada Yang Maha Esa dilimpahi dengan rezeki yang halal dan mendapat rahmat Allah SWT di dunia dan Akhirat. Menjadikan muslimin / muslimat penderma yang dirahmati Allah S.W.T  sabagaimana peringatan Allah S.W.T:


"Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah,dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil): dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu:kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya."
(Al-Baqarah : 195 )